Buku Falsafah dan Isu Semasa merupakan buku yang disusun memenuhi kandungan kursus Falsafah dan Isu Semasa yang merupakan kursus wajib universiti di seluruh institusi pengajian tinggi (IPT). Kursus ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula sesi pengambilan 2019/2020 sebagai salah satu wadah untuk menerapkan pendidikan berasaskan nilai. Oleh sebab ia merupakan kursus yang bersifat masih baharu, bahan rujukan yang berkaitan amat penting untuk digunakan sebagai panduan umum kepada para akademia dan mahasiswa. Justeru buku ini merupakan salah satu buku rujukan penting yang dihasilkan menepati kandungan silibus Kursus Falsafah dan Isu Semasa.