Antologi cerpen Kabus di Ufuk Timur merupakan salah satu daripada Siri Cinta. Terdapat 4 buah cerpen yang dimuatkan dalam naskhah ini. Bila Bulan Mengambang membawakan kisah pelajar universiti yang terlibat dalam persediaan projek Masyarakat. Kabus di Ufuk Timur berkisah mengenai pertemuan dua orang asing yang rupanya sudah saling mengenali sejak lama dahulu. Suratan Kasih menceritakan percintaan yang berakhir apabila salah seorang memilih pergi untuk mencintai orang lain, namun adakah keputusan yang diambilnya itu betul. Romeo dan Juliet berkisar mengenai pertemuan tanpa sengaja dua insan yang akhirnya ditemukan dalam keadaan berlainan dan kemudiannya konflik timbul akibat keinginan salah seorang mahu mengikuti program sukarelawan. Turut dimuatkan dalam naskhah ini iaitu kisah di sebalik tabir pembikinan setiap cerpen. Apakah yang mendorong penulis menghasilkan cerpen-cerpen ini.