Buku Nizam Tarbiyah PAS ini adalah sebagai satu panduan dan akan menjadi satu piawai tarbiyah dalam PAS.Kita mengharapkan ia dapat mewujudkan satu kesatuan fikrah, kesatuan amal dan kesatuan hati.Panduan ini penting kerana ia akan memberi satu natijah yang berguna kepada semua pendukung PAS.Sekiranya garis panduan ini dipatuhi dan diikuti maka kita akan dapat melihat natijah daripada program yang dilaksanakan dan akan mewujudkan ahli yang berkualiti dan dapat melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka, insya Allah S.W.T
Di dalam buku ini juga diterangkan bagaimana konsep tarbiyah dan pelaksanaan tarbiyah dalam PAS.Tasawwur Tarbiyah yang jelas dan lengkap seperti lengkapnya Islam dapat dilihat daripada konsep tarbiyah PAS.Pihak Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat mengharapkan tidak timbul lagi masalah mereka yang mengendalikan tarbiyah tidak memiliki dan mengetahui konsep tarbiyah dalam PAS dan bagaimana hendak mengendalikan program tarbiyah di semua peringkat parti.Insya Allah S.W.T kejayaan PAS adalah kemenangan kita bersama..