Buku ini mengandungi tujuh (7) kertas kerja yang dibentangkan oleh beberapa orang pimpinan PAS dalam Tamrin Qiyadi di DITC Kemaman pada 10-11 Jan 2020.Tiga (3) Kertas kerja membahaskan beberapa perkara pokok berkaitan Taawun Siyasi dari sudut akhlaq dan adab, wala', ketaatan dan thiqah serta cabaran dan realiti.Disamping itu, sebuah kertas kerja berkaitan dengan intima' dan ibtila' dalam perjuangan juga dibentangkan.Tajuk utama yang merupakan tema Tamrin Qiyadi kali ini ialah Qiyadah Rasulullah S.A.W, penekanan kepada Qudwah dan Uswah Kepemimpinan Baginda yang dibentangkan oeh Presiden PAS.Kertas Kerja terakhir, merupakan satu pesanan dari Mursyidul Am yang bertajuk "Ayyuhal Qaid".Himpunan Kertas Kerja ini adalah sebagai rujukan kepada para pemimpin dan pendukung PAS mengemudi Parti sebagai sebuah jamaah Islam.