Buku Teks Tafsir Al-Quran ini merupakan teks rujukan yang digunakan bersama Buku Manhaj Usrah PAS Peringkat Tanfiz 1 dan 2. Teks Tafsir ini adalah salah satu usaha untuk mendekati firman Allah SWT dengan pelbagai perbahasan dan perspektif. Teks ini mengandungi 5 pilihan surah untuk peringkat Tanfiz 1 dan 5 pilihan surah untuk Tanfiz 2 kerana meyakini bahawa hikmah dan perintah yang terkandung di dalamnya relevan dengan zaman kita di saat ini.